Thursday, November 1, 2012

nota



Jiwa muda, darah muda, tapi sumpah, kadang aku harap hati tua.

Lima tiga tujuh pagi. Mata hadap laptop, jari tekan papan kekunci, hati, hm, hati mula tak keliru.

Tiga nota, satu untuk harapan, satu untuk nafsu syaitan, satu untuk impian terkubur.

1.
Kau, kau tak faham, and kau tak mungkin faham, sebab kau takkan tahu semua ni. In our current situation, kau victim, not the other way around. Aku dalam diam, pindah semua rasa cinta, rasa sayang yang pernah ada pada semua yang lain pada kau. Semua yang aku buat setakat ini, walau pada mula tanpa ada niat, kini aku faham, usaha hati untuk ubati diri. Perlu ada satu sahaja untuk aku fokus, jadikan destinasi, untuk aku sendiri capai peningkatan diri. Baiki kurang, segala flaw dalam hati, dalam jiwa.

Musibah kau, a blessing in disguise bagi aku. Pembuka jalan, untuk hati ingat kembali apa yang pernah hati mahu, apa yang kini hati rindu. Nope, no worries tho, bukan kejar cinta. Celaka diri ini kalau itu yang aku mahu lagi.

2.
Hey, sahabat, bekas crush 2 tahun aku duduk sini, thanks. Nasihat kau, aku terima, aku pakai. Tak perlu semua rasa hati dedah sana sini. Biar garapan jiwa, kekal untuk tatapan diri, dan kalau jadi luahan, biar dalam tanpa bernama.

3.
Hey, bekas tunang. Tunanglah sangat. Lies by any other name are still lies. Aku penipu, kau penipu, semua kita tipu. Kita kalah, aku kalah. Kita tipu semua, tapi diri sendiri masih tahu apa benar apa salah. Aku pilih untuk undur diri, bukan salah kau. Kau cuba, aku cuba, tapi kita tak dapat undur masa. Semua salah silap, benda dah jadi, biar dah jadi, moga kau jumpa bahagia. Persetan semua yang tak tahu cerita tapi bercakap macam dia pulak yang jadi awek aku, phui, biar. Aku tahu, kau dah cuba. aku sedar. Dalam minggu minggu akkhir, aku nampak, usaha kau. Tapi dah terlambat, hati dah tawar. Biar. Cari bahagia kau, cari yang layak. Bukan aku. Kau berhak yang terbaik, yang dapat bimbing kau. Bukan aku.


No comments:

Post a Comment