Friday, November 11, 2016

Tenggelam

Mungkin aku belum matang.
Terlalu cepat marahnya datang, terlalu cepat sabarnya hilang.
Atau mungkin ini hanya baran.
Atau mungkin ini bukan semua di atas, hanya aku yang cuba hilang dari rimas dan lemas.

Ini bukan isu lari dari tanggungjawab.
Ini cuma rimas, bila dipaut dan di tarik makin dalam, aku lemas.
Tenggelam, itu yang aku rasa, sesak nafas, itu sebabnya aku mahu hilang.

Bagi aku masa, bagi aku ruang.
Bagi aku peluang untuk bernafas bebas, untuk hilang serabut di kepala.
Tempatmu di samping aku, bukan di belakang.
Wajarnya kau bersama di tepi, sama mengharung, bukan menarik aku kembali ke belakang.

Ini amarah, ini geram, ini aku memandang rendah.
Maki hamunku kasar, nadaku lantang, bahasaku jauh dari indah.
Tapi cuba kau diam, cuba kau dengar, cuba kau sabar bila aku juga cuba bicara dengan lembut,

Fikir, biar otak cerna apa lidah aku bicara,
Buang ego, biar kita dua bebas dari belenggu lenggok lama.
Biar kita dua matang, mungkin nanti baru kita ada peluang.

No comments:

Post a Comment